Sunday, May 3, 2015

TRIP ke BANGKOK day 3

Grand Palace

Hari ke-3 jalan-jalan ke antara "must see attraction" di Bangkok. 
Kalau pergi pada "weekend" orang teramatlah ramai, so seeloknya pergi pagi-pagi ye!.
Lagi satu bawak payung, sebab kawasan Grand Palace ni besar, panas dan kadang-kadang hujan di tengah hari.

Kalau naik BTS skytrain, korang boleh turun kat stesen Saphan Taksin. Dari situ dapatkan tiket bot yang akan membawa ke Grand Palace.

Harga single trip bot THB40

Bot yang akan membawa ke destinasi "Grand Palace"

Pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan bot tersebut.

Perjalanan mengambil masa 15 minit lebih.
Pembantu bot akan memanggil penumpang Grand Palace, so ready la untuk turun. Bila dah turun, jalan je ikut arah orang ramai, yang pasti mereka memang akan ke destinasi sama.
Dekat area jeti tu ada pasar, boleh la isi perut dulu baru teruskan perjalanan ke Grand Palace.

Fresh fruits juice 

Lepas cuci-cuci mata jap..teruskan jalan ke Grand Palace.Jom!


Kaunter tiket, masuk THB500 untuk pelancong, Free untuk warga tempatan.

Ok..nak belanje sket gambar-gambar kat dalam Grand Palace.

Kuil-kuil utama

Stupa-stupa emas yang menjadi tarikan pelancong

Langit dah mendung tuh.

Sediakan payung sebelum hujan.


Mujur dah hampir selesai menjelajah dalam Grand Palace baru hujan selebat-lebatnya. Ujan reda je balik la..dah penat sangat..
Selesai laa separuh aku hari kat Grand Palace. Balik cari makan dulu..next..


Pratunam Market..Plaza Platinum fashion mall & MBK 

Dah selesai makan petang, teruskan perjalan ke Pratunam Market. Kat sini korang boleh beli pakaian siap dengan murah kalau beli pukal..minima 3 pasang..since dah datang petang...so pratunam market byk dah tutup..so seberang jln ada plaza platinum fashion mall..tempat lebih dingin dan selesa membeli pakaian..

Plaza Platinum Mall

Kedainya lebih tersusun

Makanan Halal di Food Court

Tips
* kebanyakan pakaian di Pratunam market atau pun Plaza Platinum adalah tidak boleh di 'try'
* kalau di Plaza Platinum ada yang boleh di 'try' samada pakai sarung atau bawa ke tandas
* jika peniaga mengizinkan untuk membuat penukaran..sila ambil gambar gambar kedai dan peniaga ketika itu sebangai bukti.
*sesetengah pakaian disini lebih murah dari harga di Chatuchak Weekend Market.