Saturday, May 2, 2015

TRIP ke BANGKOK day 2

Ayutthaya

Hari ke-2 aku ke Ayutthaya. Aku sangat teruja ke sini sebab Ayutthaya ni mcm little Angkor Wat. Disebabkan nak ke Ayutthaya jugak la..aku stay kat hostel di Hua Lamphong sebab hostel ni berhampiran stesen keretapi (stesen Bangkok) yang akan bawa ke Ayutthaya.

Stesen Keretapi Bangkok
Keretapi ke Ayutthaya

3rd Class THB110 (kelas aircond)
Stesen Ayutthaya


Perjalanan dari Bangkok ke Ayutthaya memakan masa 2 jam jugak. Setibanya kat stesen Ayutthaya aku blurr kejap, 1st aku tak tau Ayutthaya tu caner..2nd aku tak abis wat research pun.
Yang aku taw kalau naik tuk tuk dia akan cekik perabih..

Sedang tengok map, sorang uncle menyapa dalam bahasa inggeris. Maybe dia nampak aku terpinga-pinga so dia pun masuk jarum.
Sebab aku ni mmg nak super budget, aku seboleh-boleh takmo ikut mana-mana tours guide. Tapi dek kerana kurang membuat reseach, hmmmm redha ikut pakcik tu tuk jd tour guide aku. Dia mintak sejam THB400 kalau. Aku request 30 minit jer, sebab matlamat aku nak sampai ke candi-candi bersejarah tu je...THB200 fly away.....!!

Uncle tu bawa ke temple tempat orang bersembahyang..eeerrkk aku ada la sikit sangsi..tapi niat just nak tengok je..no more than that.

Pemandangan dari atas candi
Antara candi yang terdapat di Ayutthaya
Antara tarikan di Ayutthaya
Pemandangan di sebahagian tempat bersejarah

Tips berjalan di Ayutthaya

1) Make sure bawak air mineral kerana cuaca panas dan berdebu.
2) Sediakan payung takut hujan di tengah-tengah lawatan atau pun panas yang melampau.
3) Kalau korang sesama rakan sebaya, i suggest sewa basikal jer, THB50 sehari.
4) Kalau membawa beg, jangan sambil lewa letak dalam bakul basikal, sebab auntie penjaga basikal kata ada peragut.
5) Kalau nak makan, berhampiran dengan tempat orang naik gajah, ada gerai Muslim.
6) Kalau datang tadi naik train, so bila balik boleh amik jer van tak jauh dengan tempat sewa basikal. Harga THB60 saje then cepat sampai. Van akan bawa ke victoria manumen.