Friday, May 1, 2015

TRIP ke BANGKOK day 1

SAWADIKAP

Atas permintaan kengkawan, maka wujudlah 'travelog' ni. Maybe blog ini tak lengkap, tapi hope bagi idea kat uols yang nak travel last minute ngan kadar yang mur-mur dan budget yang limited. If you guys ada soalan, sila2 lah tanya eik!

Jom! terbang ke Bangkok Thailand

KLIA2 - Don Muang Airport 

KLIA2 
jimiabu
Don Mueng Airport Bangkok

KLIA - Suvarnabhumi Airport


KLIA (photo by Google)
Suvarnabhumi Airport Bangkok (photo by Google)

Dah kata pun nak budget & mur..so cari la tiket kapal terbang yang mur jugak. Air Asia, Malindo Air & Thai Lion Air antara yang boleh tahan murah jugak, kalau dapat 'promo price' memang 'super cheap' uols.

Price range return dalam RM180 hingga RM300 boleh consider murah jugak laa.

Ketiga-tiga flight tersebut akan depart dari KLIA2 dan landing kat airport Don Mueng.
Penerbangan ambil masa 2 jam 10 min macam tu la.

Kalau naik MAS or Thai Airways korang akan depart dari KLIA dan landing kat airport Suvarnabhumi (Airport baru)

Pilihan transport dari Don Mueng Airport ke bandar Bangkok



Keretapi ke Bangkok City


Pilihan Teksi yang fancy warnanya

A1 Bus yang murah dan selesa (photo by Google)



1) Teksi
Mahal dan cepat : Q ditempat yang tertulis Public Taxi.  Kat kaunter  yang disediakan tu tunjuklah hotel booking uols, so dia boleh bagi taw kat taxi driver yang akan bawak korang nanti.
Harga: Don Muang Airport - Chatuchak Market : THB200+-.
Airport Charge : THB50
Toll Fare : Bayar sendiri THB50 setiap toll
Tempoh perjalanan: 20-25min (*tertakluk kepada traffic semasa)

2) Keretapi
Sangat murah dan sangat slow : Uols kene naik lif or escalator ke level 1 then cross jejantas, kaunter tiket berada dibawah tu. 
Harga: Don Muang stesen ke Bangkok stesen (Hua Lamphong) THB8 saje. (*harga semasa)
Tempoh perjalanan: 1-2 jam 
Tempoh menunggu kedatangan keretapi ni pun lama jugak.
*Sepanjang perjalanan merasa ala-ala bersauna. Yang penting pengalaman bersama orang tempatan.

3) Bas
Murah dan selesa : Bas A1 ni boleh tunggu kat luar airport dekat ngan tempat orang beratur ambil teksi (sebelah kanannya). Bas ini akan sampai ke Chatuchak park dekat ngan Chatuchak Weekend Market tu.
Bila dah sampai sana, korang boleh pilih samada MRT (Underground train) atau BTS (Skytrain)
Harga: Bas A1 (aircond)  THB30 sajo.
Tempoh perjalanan: 25 min (*tertakluk kepada traffic semasa)
*Kalau flight kite sampai petang, berhimpit sikit la ye, sebab byk flight yang landing next to next.

Pilihan transport dari Suvarnabhumi ke bandar Bangkok


Airport Rail Link ke Bangkok City (photo by Google)


Aku sarankan kalau korang turun kat Suvarnabhumi amik jer airport rail link ni jer. So easy nak ke bandar Bangkok dan murah. Dia ada Express yang harganya lebih mahal berbanding train yang transit yakni benti-benti.

Penginapan

Hostel


Korang boleh pilih macam-macam jenis penginapan di Bangkok. Hotel/Hostel/Motel dll.
Sila gunakan khidmat Booking.com atau Agoda ye!

Nak stay pun terpulang kat korang, Hua Lamphong, Silom, Pratunam, Chatuchak, Khosan Road dll byk sgt pilihan. Yang penting penginapan korang tu senang nak access public transport.

Memandangkan aku nak super budget, maka hostel pilihan Utama.
Untuk trip ini, aku stay kat hostel @ Hua Lamphong. Tak jauh dari stesen keretapi Hua Lamphong.
Harga: THB3o0 per malam

Kelebihan hostel ini :

1) Berhampiran dengan stesen keretapi (Stesen Bangkok)
2) Luar pintu hostel dah nampak stesen subway MRT (Stesen Hua Lamphong)
3) Halal food boleh cari kat dalam stesen keretapi tu. Murah dan sedap!

Aktiviti

Nak citer bab aktiviti kat Bangkok ni..hmmm macam-macam korang boleh buat..
Kali ini aku nak ke Khosan road,Ayutthaya, Grand Palace dan Mesti mesti mesti pergi Chatuchak Market.


Untuk tidak membazir masa, hari pertama aku pergi ke Khoasan Road. Tempat ni femes ngan para bagpackers sedunia berkumpul. Meskipun aku pun suke bagpack tapi tak pernah stay sana.
Jom tengok ape ada kat sana.


Khoasan Road

Kisahnya kat sini tempat para Backpacker stay. Bila larut malam, lagi happening. Sepanjang aku menyelusuri area ni..hmm not bad..murr murr laa. Sentuh bab makan Halal tu tak berapa nampak la. Pancake dan Kebab ada laa..kalau nasi campur tu tak pulak kelihatan.


Sebahagian Pasar (bahagian dalam)

Kedai-kedai depan sebelum masuk ke pasar

Peniaga kat Khosan Road
Nampak tak HALAL

Tempat nih besar dan terdapat macam-macam barang ada jual. By the way, body massage pun murah jugak kat sini. Meriah sangat. Kalau datang naik bas, tak boleh la nak lama-lama sangat sebab sebab bas akhir jam 10pm waktu tempatan, tapi teksi banyak.