Monday, May 18, 2015

Trip ke Lombok 2

Satelah mengharungi perjalanan 40minit macam tu..maka tibalah weols di Gili Trawangan..my 1st impression..WoW!!

Selamat Datang
Suasana Nan Damai

Amazing..takde jalan tar..takde motorsikal..takde kereta..hanya kedengaran bunyi loceng kuda yang berlalu dan basikal adalah kenderaan utama di Gili Trawangan ini..

Pulau kecil ini benar-benar buat aku jatuh chenta..bukan pada cewek atau cowoknya tapi pada tempat ini..i Love banyak-banyak!!

Weols terus jalan kaki je cari tempat penginapan yang dah booked thru Booking.com (my feveret booking agent).

Day 1 menginap di Pitara Cottage:

Banyak Tempat Stay Kat Sini
Kat Luar Bilik
Luar Pintu Pitara Cottage
Dah rehat dan melepas lelah jap..keluar balik cari makan dan jalan-jalan menjelajah Gili Trawangan.

WoW!!!
Nice View (Abaikan Org tu)
Layankan Saje!
Feeling-feeling Maldive

Creativekan!
Love Love Love!!!

Weols just lepaking tepi pantai dan tido-tido jer..Kejap jer dah terlelap..

Malam harinya..sesi mencari makan malam adalah keutamaan. Makanan disini tiada bezanya dengan makanan di negara kita Malaysia.
Disini pelbagai jenis makanan ada, dari nasi campur, seafood bakar dan kuih muih..sedap-sedap belaka..

Green Cafe ni ada WIFI ok!
Lauk Pauk Yang Nyammmm!!
Pencuci Mulut..Slurrrp!
Syukur..makanan sangat kena dengan tekak..takde la isu kevuluran malam..dah kenyang balik bilikdan ber-wifi dulu sebelum ZZzzzz...esok pagi nak gi snokling plk!


Trip ke Lombok 1

Kabare!

Memandangkan tahun 2015 ni misi nak kumpul cop kat buku merah..so jauh dekat tu tak kisah..asal bercop buku merah i.
Ayuh kite ke Lombok!

Trip ni last minute sgt..my "bff" yg beria nak ke ober the sea..tapi syarat aku kene cari lokasi..hmmmm dah lama aku aim ke sini..rejekinya AA plk bg diskaun.. Apa lagi grab laa tiket LOMBOK..

Since nak tix mur..Dia punya time pun tak berapa nak cantek sgt laa..tiket 3:35pm sampai Lombok 6:30pm...(kalau tak delay laa..tp hakikatnya memang delay ye tuan-tuan puan-puan)
















Ready for Boarding



















International Airport Lombok (Pic by Google)



Kami sampai jam 8:00 malam lebih kurang..btw penerbangan KL-Lombok 3 jam ye!

Seperkara, bukan nak puji sesangat..tetapi berada di Imigresen Lombok sangat menyenangkan dan layanan sangat mesra berbanding.."maaf kata: di Bali & Jakarta..(base on my experiences)

Keluar jer kawasan imigresen tu..banyak laa ulat..teksi..pastinya korang pun akan rasa sangat tak selesa..tapi kami dah bersedia fizikal dan mental..dan dah cari pun kenderaan paling budget untuk ke Senggigi..so amik Damri Bas aje laa..

Harga Damri Bas Airport ke Senggigi IDR35k
Harap maklum..mereka akan tunggu penuh penumpang baru gerak..tapi nak murah so jgn komplen..

Perjalanan dari airport ke Senggigi mengambil  masa 1 jam perjalanan..
Korang jangan la berat mulut nak bertanya, sebab pakcik driver Bas tu baik, dia akan bagi tau kalau dah sampai ke Senggigi.
Tak silap aku la, Senggigi pun memang hentian terakhir.

Setibanya di hostel Wira Cafe & Guesthouse...check in dan cepat-cepat....aktifkan wifi..yes wifi nak hupdate kat FB ngan WeChat..so dua-dua manusia ni pun senyap mentelaah HP masing-masing..

Dah khatam..lapar plk..jln kat luar hostel tu cari makanan..ada gerai si Sano martabak dan terang bulan..tapau je laa..

Gerai Martabak & Terang Bulan SENO

Martabak IDR16k

Terang Bulan IDR12k


Keseluruhannya..Nora kasi 1 BINTANG je...murtabak dia oily sbb goreng guna byk minyak dan terang bulan @ apam balik dia tebal banget dan liat..

Hari yang sangat panjang, mata layu dah..so ZZzzzzz laaa..Esok nak ke destinasi lain pulak!
 
Keesokan pagi weols wake up very da early sebab nak teruskan perjalanan ke Gili Trawangan.Terdapat 3 Gili (pulau) yang fofular di Lombok..Gili Meno..Gili Air dan Gili Trawangan..
Gili Trawangan paling besar dan more happening..

Terdapat dua option untuk ke Gili Trawangan:
1) Naik speedboat dari pantai senggigi
2) Naik bot murah dari Bangsal

Weols naik dari Bangsal sebab nak experience Lombok itu sendiri.

Perjalanan dari Senggigi ke Bangsal mengambil masa 45minute lebih la..

Nak Berambus nih!
Breakfast duluan

Depan WIRA CAFE & GUESTHOUSE
Bye Bye Senggigi..Tak abis explore sini..next time repeat.

Dari Senggigi ke Bangsal weols take Van..sebab malas nak tanya-tanya apatah lagi pepagi ni lemau nak mem-bargain..brother tu charge IDR100k siap ngan tiket bot. OK jer!!

Korang kalau nak lagi murah boleh jer amik teksi..range dalam IDR80k-90k so boleh save budget jugak laa..

Sepanjang perjalan tu..kite akan dipersembahkan ngan view yg sangat2 menenangkan dan awesome. Lombok betul-betul such a virgin ISLAND.

Kitorang minta abg driver tu benti tuk bergambar jap:

Rumah Tradisional Lombok
Kagum!!

Excited Kau eik!!

Setelah 45 minit lebih perjalanan, maka kami pun tiba di tempat benama BANGSAL.
Sampai je di Bangsal, pak supir terus dapatkan tiket bot..kusangkakan 1st class rupanya......

Kaunter tiket bot di dalam

Kereta Kuda @ ANDONG
Bot Berlabuh
Inilah kondisi BOT kami!! (sebak)
Kat Bangsal  ni..banyak kete kuda, sebab kalau korang datang naik teksi, dia akan berhenti kat luar. 
Jarak dari gate ke pejabat jualan tiket dalam 300 meter (10 minit berjalan kaki).
Since weols naik van so boleh la masuk tapi dengan bayaran IDR5k (bayar sendiri)..entah ape2 nak drop penumpang pun kene bayar!!

Awas! 
Kalau korang nak naik kete kuda @ ANDONG tu biar deal harga dulu before naik, bab-bab mencekik darah ni depa memang gemar.
Kejadian ni time nak balik, pakcik tu beria suh naik kete kuda dia, dah la tak cantik, mulanya takmo sebab kitorg dah biasa jalan kaki, tapi dia merayu..sudahnya dia charge IDR40k untuk 2 org..mengarut..ape lagi elok2 niat aku nak bantu org..pagi dah bertekak..nah aku kasi IDR30k jer..

Abis mood kecintaan Gili Trawangan terus turn off.

Monday, May 4, 2015

TRIP ke BANGKOK day 4


Chatuchak Weekend Market

Final day kat Bangkok, must..must..go adalah Chatuchak Weekend Market.
Pasar ni buka pada hujung minggu sahaja ( sabtu & ahad )
FYI...!!
Chatuchak Weekend Market adalah one of the largers weekend market in the world. Wow!!!..awesome right!

Korang boleh menggunakan public transport untuk sampai sini:

MRT UNDERGROUND TRAIN

Kalau menaiki MRT underground train, turun kat stesen Chatuchak Park 

BTS SKYTRAIN

Kalau menaiki BTS Skytrain, turun kat stesen Mo Chit
Cara lain..boleh jugak naik teksi or tuk tuk atau pun bas..tapi ikutkan i cara paling mudah train saje

Sikit gambar kat Chatuchak Market:

Landmark Tower Jam (kedai Halal berhampiran)
Antara Makanannya dan Byk Lagi
Macam-Macam ada
Bahagian Tidak Berbumbung

Rambang Mata Ok!

Tips:
Tips Ke Chatucak Market

1) Seeloknya datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di tren.
2) Kawasan yang luas dan terbuka, seeloknya bawalah payung kerana panas dan kemungkinan juga hujan.
3) Bawa beg galas untuk memudahkan pergerakan korang dan mudah menyimpan barang yang dibeli.
4) Memandangkan tempat ini panas dan kadang2 hujan, tak berapa sesuai tuk bawa baby. Kesian baby tu.
5) Terdapat beberapa gerai makan moslem, jadi tak perlu bimbang kalau lapar. Tempat paling femes moslem food berhampiran menara jam (spt dalam gambar)
4) Gunalah skill bargain korang kalau betul2 berminat dengan apa yang korang nampak.

Dah abis pusing2 aku ambik bas A1 kat luar tu untuk ke Don Muang Airport.



Sunday, May 3, 2015

TRIP ke BANGKOK day 3

Grand Palace

Hari ke-3 jalan-jalan ke antara "must see attraction" di Bangkok. 
Kalau pergi pada "weekend" orang teramatlah ramai, so seeloknya pergi pagi-pagi ye!.
Lagi satu bawak payung, sebab kawasan Grand Palace ni besar, panas dan kadang-kadang hujan di tengah hari.

Kalau naik BTS skytrain, korang boleh turun kat stesen Saphan Taksin. Dari situ dapatkan tiket bot yang akan membawa ke Grand Palace.

Harga single trip bot THB40

Bot yang akan membawa ke destinasi "Grand Palace"

Pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan bot tersebut.

Perjalanan mengambil masa 15 minit lebih.
Pembantu bot akan memanggil penumpang Grand Palace, so ready la untuk turun. Bila dah turun, jalan je ikut arah orang ramai, yang pasti mereka memang akan ke destinasi sama.
Dekat area jeti tu ada pasar, boleh la isi perut dulu baru teruskan perjalanan ke Grand Palace.

Fresh fruits juice 

Lepas cuci-cuci mata jap..teruskan jalan ke Grand Palace.Jom!


Kaunter tiket, masuk THB500 untuk pelancong, Free untuk warga tempatan.

Ok..nak belanje sket gambar-gambar kat dalam Grand Palace.

Kuil-kuil utama

Stupa-stupa emas yang menjadi tarikan pelancong

Langit dah mendung tuh.

Sediakan payung sebelum hujan.


Mujur dah hampir selesai menjelajah dalam Grand Palace baru hujan selebat-lebatnya. Ujan reda je balik la..dah penat sangat..
Selesai laa separuh aku hari kat Grand Palace. Balik cari makan dulu..next..


Pratunam Market..Plaza Platinum fashion mall & MBK 

Dah selesai makan petang, teruskan perjalan ke Pratunam Market. Kat sini korang boleh beli pakaian siap dengan murah kalau beli pukal..minima 3 pasang..since dah datang petang...so pratunam market byk dah tutup..so seberang jln ada plaza platinum fashion mall..tempat lebih dingin dan selesa membeli pakaian..

Plaza Platinum Mall

Kedainya lebih tersusun

Makanan Halal di Food Court

Tips
* kebanyakan pakaian di Pratunam market atau pun Plaza Platinum adalah tidak boleh di 'try'
* kalau di Plaza Platinum ada yang boleh di 'try' samada pakai sarung atau bawa ke tandas
* jika peniaga mengizinkan untuk membuat penukaran..sila ambil gambar gambar kedai dan peniaga ketika itu sebangai bukti.
*sesetengah pakaian disini lebih murah dari harga di Chatuchak Weekend Market.


Saturday, May 2, 2015

TRIP ke BANGKOK day 2

Ayutthaya

Hari ke-2 aku ke Ayutthaya. Aku sangat teruja ke sini sebab Ayutthaya ni mcm little Angkor Wat. Disebabkan nak ke Ayutthaya jugak la..aku stay kat hostel di Hua Lamphong sebab hostel ni berhampiran stesen keretapi (stesen Bangkok) yang akan bawa ke Ayutthaya.

Stesen Keretapi Bangkok
Keretapi ke Ayutthaya

3rd Class THB110 (kelas aircond)
Stesen Ayutthaya


Perjalanan dari Bangkok ke Ayutthaya memakan masa 2 jam jugak. Setibanya kat stesen Ayutthaya aku blurr kejap, 1st aku tak tau Ayutthaya tu caner..2nd aku tak abis wat research pun.
Yang aku taw kalau naik tuk tuk dia akan cekik perabih..

Sedang tengok map, sorang uncle menyapa dalam bahasa inggeris. Maybe dia nampak aku terpinga-pinga so dia pun masuk jarum.
Sebab aku ni mmg nak super budget, aku seboleh-boleh takmo ikut mana-mana tours guide. Tapi dek kerana kurang membuat reseach, hmmmm redha ikut pakcik tu tuk jd tour guide aku. Dia mintak sejam THB400 kalau. Aku request 30 minit jer, sebab matlamat aku nak sampai ke candi-candi bersejarah tu je...THB200 fly away.....!!

Uncle tu bawa ke temple tempat orang bersembahyang..eeerrkk aku ada la sikit sangsi..tapi niat just nak tengok je..no more than that.

Pemandangan dari atas candi
Antara candi yang terdapat di Ayutthaya
Antara tarikan di Ayutthaya
Pemandangan di sebahagian tempat bersejarah

Tips berjalan di Ayutthaya

1) Make sure bawak air mineral kerana cuaca panas dan berdebu.
2) Sediakan payung takut hujan di tengah-tengah lawatan atau pun panas yang melampau.
3) Kalau korang sesama rakan sebaya, i suggest sewa basikal jer, THB50 sehari.
4) Kalau membawa beg, jangan sambil lewa letak dalam bakul basikal, sebab auntie penjaga basikal kata ada peragut.
5) Kalau nak makan, berhampiran dengan tempat orang naik gajah, ada gerai Muslim.
6) Kalau datang tadi naik train, so bila balik boleh amik jer van tak jauh dengan tempat sewa basikal. Harga THB60 saje then cepat sampai. Van akan bawa ke victoria manumen.